Friday, March 27, 2009


Assalamualaikum WBT
Wahai saudara-saudaraku

Aku telah memperolehi suatu Amalan Pengisian Hati ini khusus daripada penyampai ku seorang Hamba Allah dan sahabat masa kini yang ku sifatkan bagaikan ahli Makrifatullah abad ini yang kemungkinan hanya kebetulan terjumpa atau mungkin juga Kurniaan Allah SWT kepada ku insan yang sering merintih mencari kewujudan Allah SWT yang mantap untuk kembali kepada-Nya.
  • Beliau telah menyampaikan kepada ku Amalan Pengisian Harian yang mana setelah diamalkan berterusan akan melunakkan dan mengasyikkan pengamalnya dengan segala bentuk ibadah Syariat. Ini adalah disebabkan sipengamal tadi akan memperolehi pahala amalan, keberkatan yang nyata dan yang amat berharga sekali memahami, merasai serta menterjemahkan kewujudan Allah Azawajalla melangkaui keyakinan bersandarkan Dalil Naqli & Aqli, Menghayati dengan mudah dan tidak berbelit-belit dengan izin Allah.

  • Yang sungguh menakjubkan apabila diperlihat serta mengenali Alam Rahsia melampaui pemikiran syariat atau kebiasaan. Satu persatu yang dulunya dianggap mustahil dan tidak terlintas difikiran sesiapa saja dikupas dengan bahasa yang mudah lagi meyakinkan tanpa ragu dan was-was.

  • Contoh mudah ialah bagaimana Akal kita (Zat Kecil-Nya) yang dipisah dari kawalan terus Allah S.W.T (Zat Agung) berfungsi. Ia adalah zat kecil-Nya yang digelar manusia tetapi kurniaan terus dan diurus sendiri oleh manusia itu dengan akal fikiran yang sihat(tidak lemah) .Sementara anggota tangan, mata, telinga, kaki (sekujur tubuh) adalah zat-Nya yang taat,sebagai hadiah kerana kewujudan kita (manusia) tetapi dalam kawalan Allah yang tidak akan dipertikai selama mana penggunaannya. Allah tidak akan mengenakan sebarang bayaran mahu pun sewaan daripada pahala Ibadah kita bagi melunaskan penggunaan anggota tersebut. Walau bagaimanapun sekiranya maksiat dilakukan oleh anggota tadi diatas arahan AKAL barulah Allah SWT menghukumnya, kerana zat-Nya melakukan maksiat dengan arahan atau kehendak akal (manusia) sendiri.

  • Begitulah keadilan Allah SWT, inilah pengenalan ilmu pasti, ilmu yang bertalian dengan bakti (perngorbanan). Siapa yang baktinya (korban) kurang, kuranglah kefahamannya. Bila kefahaman kurang tuntutlah ia supaya datang keterangan. Keterangan yang menjelma dari hati, petunjuk dari manusia atau alam semesta, para wali, ilham, Laduni dan jika diizin pembimbingan akan terus dari Nabi SAW. Perlu diingat bahawa hati yang boleh menerima ialah hati yang suci dan ikhlas yang mendidik hawa nafsu si pengamal tadi.

  • Sabda Baginda, “Sewaktu hidupku aku memandang umatku dari hadapan, tetapi selepas kewafatanku aku memandang umatku dari belakang. Maksud jelasnya bagi meraka yang senantiasa banyak berselawat keatasku dialah yang mendapat nikmat yang dimaksudkan itu.
    Wassalam…..

5 comments:

  1. Assalamualaikum....time kasih ingin saye ucapkan kerane dengan mengamalkan zikir pengisian hati ini...saye telah mendapat pelbagai perkara.Pada mulanya saye tertanye2 apa betulkah amalan yg saudara tulis ini...tetapi setelah mengamalkannya lebih 3 bulan ALLAH telah memberi gambaran yg jelas mengenai amalan ini...malah saye yakin masih banyak lagi yg belum diungkapkan oleh sedare tentang ilmu pengisian hati ini...remaje sekarang memenuhkan hidup mereka dengan berfoya2 dan mendengar pelbagai jenis muzik sedangkan tiada pon sebahagian masanye dibahagikan untuk mengubati hati yg semakin keruh.....saye berharap ilmu pengisian hati ini akan dibaca serta diamal dan disebarkan kepade semua masyarakat tidak kire ape status sekali pon.....dan saye berharap sedare tidak akan berhenti disini saje kerane hati saye kuat mengatakan masih banyak lagi yg belum sedare tuliskan....sekian dari saye.....
    hamba ALLAH yg mencari keredhaan nye didunia dan mahukan rahmatnye untuk masuk syurga kelak...... INSYAALLAH.......Wassalam

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum....saye sarankan kepada yg telah membace blog ini...supaya mengamalkan dulu dan anda akan merasekan ketenangan dan kebenaran yg takkan dapat dengan hanye belajar di kitab2 atau sekolah sekular....dan jika ada yg membelenggu hati anda terus saje bertanye melalui ruangan ini dan saye pasti dan yakin 100% jawapan yg akan anda dapat sungguh memuaskan dan semuanya masuk akal yg telah diberi oleh ALLAH Azzawajalla .....sekian WASSALAM

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas testimonial saudara :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt.
    Terima kasih Tuhan & Salam kasih sayang kepada semua. Sebelum membaca ruangan ini, saya telah pun mengamalkan bacaan Al-Fatihah ini sebagai salah satu zikir utama harian saya disamping di tambah dgn Selawat Ibrahim. Apa yg tuan tuliskan di sini adalah 100% kebenarannya. Saya mengalami sendiri beberapa peristiwa yang tidak pernah saya fikirkan akan mengalaminya. Contohnya seperti yang telah tuan sebutkan, "Keterangan yang menjelma dari hati, petunjuk dari manusia atau alam semesta, para wali, ilham, Laduni dan jika diizin pembimbingan akan terus dari Nabi SAW." Inilah sebahagian contoh yang saya alami. Mudah-mudahan, apa yang telah disampaikan oleh tuan, akan dimanfaatkan oleh saudara-saudara Islam yang lain. Mudah-mudahan kita diseluruh umat selamatkan Tuhan. Amin Ya Rabbal'Alamin. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih
    kepada Abu Hanifah diatas testimonial saudara
    diharap dapat disampaikan kepada saudara kita yang lain

    ReplyDelete