Friday, March 27, 2009

Keterangan dan Amalan Pengisian Hati


Amalan Pengisian Hati (Harian)
  1. Ianya diamal selepas waktu solat setiap waktu
  2. Salam kepada Allah SWT (Assalamualaikum Ya Allah Azzawajalla)
  3. Membaca “Bismillah Hirrahma Nirrahim” dan dimulakan dengan puji-pujian kpd Allah
  4. Berdoa : “Ya Allah izinkan daku berdoa kepada Mu dan dikau perkenankalah akan permohonan dan permintaan ku. Ya Allah,kurniakan kepada ku kerahmatan, hidayah,Taufiq serta Keberkatan dalam hidup ku, Adik Beradik ku, Saudara mara ku, Saudara Islam seluruh dunia dan Seluruh Umat. Ya Allah bimbingilah daku kejalan kebenaran dan tunjukkanlah daku jalan yang lurus serta berilah keredhaan-MU dari dunia hinggalah ke akhirat. Ya Allah ampunilah segala dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibu bapa ku dan dosa-dosa seluruh umat, akan dosa-dosa yang terdahulu kini dan akan datang. Dosa Besar mahu pun dosa kecil. Kami pohon jua Ya Allah akan keberkatan dan kasih sayang Mu terhadap mahluk jin dan sekutunya serta tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan dan lain-lain kejadian-MU yang daku tidak ketahui Ya Allah. Hasbiallah nikmal wakil nikmalmaula wanikman nasyir, la haulawala quata illabil hil aliyyil azim
  5. Istighfar ( Astaghfirullah Hal ‘Azzim) 3x . Tasbih ‘’Subhanallah Ya Rahman Ya Rahim Allahuakbar La Haulawalaquatailla Billa Hilalliyilazim (seikhlas rasa)
  6. Selawat Nabi dengan ibu selawat (Allah Humma Sallialla Muhd Waalla Aali Muhd) (seikhlas hati)
  7. Al-Fatihah
  8. Ayat Seribu Dinar - (seikhlas rasa)
  9. Ayat Al-Kursy - (seikhlas rasa)
  10. Izinkan daku sedekah Fatihah kepada seluruh roh-roh para nabi dan rasul Mu khusus kepada Nabi besar Muhammad SAW, Nabi Adam alaihissalam, Nabi Sulaiman alaihissalam dan Nabi Khidir Al-Fatihah
  11. Sedekah Fatihah kepada seluruh para malaikat Allah : - Al-Fatihah
  12. Sedekah Fatihah kepada para Aulia’,wali-wali , Anbia’, Solihin dan Syuhada’ khusus kepada Sultan Aulia’ Syeikh Abdul Qadir Jailani : - Al-Fatihah
  13. Sedekah Fatihah kepada ibu bapa dan keluarga ku [ sebut nama ahli keluarga : isteri suami & anak ] dan juga [ * arwah …Jika telah meninggal dunia]: - Al-Fatihah
  14. Berdoalah seperti dibawah
    Bismillah hirrahma niirahim ,
    Mulakan dengan Puji-pujian kepada Allah ...’’ Ya Allah daku teramat bersyukur ke atas segala yang telah dikau jadikan. Atas keseluruhan kejadian MU dilangit dan dibumi serta seisi alamnya. Semoga dikau sentiasa memberkati , merahmati dengan keredhaan MU Ya Allah
    Limpahkanlah kurnia dan rahmatMU Ya Allah Azzawajalla.
    Sesungguhnya Ya Allah ! hanya Dikau sahaja yang akan memberitahu akan segala-segalanya. Amin…
    Hasbiallah nikmal wakil nikmalmaula wanikman nasyir, la haulawala quata illabil hil aliyyil azim
  15. ( Kalau hanya membaca doa ini sahaja hendaklah ditutup dengan 3 X ayat Al-Kursy selepas doa tersebut )

Keterangan:
  • Salam pada Allah Azawajalla mengapa tidak menyebut Allah Ya Rahman, Allah SWT dan lainnya?? Kerana, nama Agung itu yang disebut oleh-Nya semasa Hari Kiamat dengan megah memberitahu “AKULAH ALLAH AZAWAJALLA” Pemerintah Kerajaan Hari Kiamat. Maka Allah mencabar kepada musuh-musuhNya dahulu dimana pemerintahan mereka yang diagung-agungkan dahulu termasuk firaun. Tatkala itu seluruh makhluk menjadi kecut dan amat takut dan tidak keruan, kecuali mereka yang beriman kepadaNya.

  • Doa sedemikian rupa adalah senjata kepada kaum mukmin. Apabila kita mendoakan orang lain kebaikan itu akan kembali kepada kita semula. Bayangkan doa kepada para malaikat Allah yang tidak terkira banyaknya dan ia berbalik kepada kita dengan tidak terkira jua banyaknya. Begitu juga doa sejahtera dan kasih sayang kepada kaum Jin yang akhirnya Jin merasa takut dan serba salah untuk merosakkan kita apabila menerima arahan syaitan dan iblis. Maka misi syaitan dan iblis pun tergendala yang menyebabkan mereka beralih arah. Oleh yang demikian maka dengan sendirinya apa-apa perancangan si iblis dan syaitan itu dengan mudah tertangkis oleh keredhaan Allah.

  • Istigfar adalah kemaafan dan pemadam segala kesalahan dengan Allah, hanya hendaklah diucapkan dengan nada yang lembut dan penuh kekesalan sehingga terasa di lubuk hati dan menitiskan air mata penyesalan.

  • Selawat adalah galakan agar Nabi selaku Pembimbing Umat menunjuk ajar berperingkat dari Alam Ghaib melalui Para Wali pelbagai kategori, Aulia’ dan mereka yang diberi peranan menyampai segala bentuk ilmu rahsia yang tidak tercapai oleh fikiran kita dan ada ketika Nabi sendiri yang menyampaikannya kepada mereka yang dikehendaki atauNabi Khidir menunjukkan terus kepada mereka yang terpilih akan ilmu rahsia Allah.

  • Al-Fatihah adalah Ummul Kitab dan bermacam-macam lagi gelaran padanya yang memang tiada tolok bandingnya.

  • Ayat 1000 Dinar adalah pelengkap atau penyukup nikmat dan rezeki di dunia ini. Apa saja yang kurang, seperti contoh jika kesihatannya kurang Allah akan bagi secukup rasa pada kesihatannya. Jika ilmunya kurang maka akan dicukupkan ilmunya mengikut bakul dan acuan hamba-Nya itu dan apa segalanya….Insyaallah tiada yang mustahil bagi Allah SWT.

  • Ayatul Qursy surah pujian kepada-Nya & mengandungi biodata Allah SWT yang tatkala diturunkan kepada Nabi SAW pada ketika itu berantakanlah kerajaan Iblis & Syaitan sehingga mereka mencari musabab berlaku perkara yang demikian. Ayat ini terkandung didalamnya sifat rahsia Allah Azawajalla.

  • Sedekah Fatihah kepada roh Nabi dan Rasul terutama Nabi yang berempat, kerana memiliki keistimewaan tersendiri, Nabi Adam AS adalah ibu segala jasad, Nabi Muhammad SAW ibu segala roh, Nabi Sulaiman AS Raja alam nyata dan alam mahluk ghaib, haiwan & tumbuhan. Nabi Khidir Pemegang ilmu rahsia golongan nabi yang empat serta rahsia berkaitan Allah SWT.

  • Sedekah Fatihah kepada para malaikatNya. Malaikat mahluk yang suci dan tidak mempunyai dosa. Oleh itu ganjaran doa dikembalikan kepada kita dengan tidak terkira banyaknya.

  • Sedekah Fatihah kepada Aulia’ Allah kerana sebelum bimbingan terus dari Nabi SAW diperolehi, pembimbing-pembimbing ini yang mengatur segala tunjuk ajar dari peringkat permulaan kerana mereka dekat dengan kita sebagai manusia. Wali adalah roh suci yang mendapat pembebasan barzakh, menjadi pembimbing kepada manusia dengan izin Allah SWT.

Assalamualaikum WBT
Wahai saudara-saudaraku

Aku telah memperolehi suatu Amalan Pengisian Hati ini khusus daripada penyampai ku seorang Hamba Allah dan sahabat masa kini yang ku sifatkan bagaikan ahli Makrifatullah abad ini yang kemungkinan hanya kebetulan terjumpa atau mungkin juga Kurniaan Allah SWT kepada ku insan yang sering merintih mencari kewujudan Allah SWT yang mantap untuk kembali kepada-Nya.
  • Beliau telah menyampaikan kepada ku Amalan Pengisian Harian yang mana setelah diamalkan berterusan akan melunakkan dan mengasyikkan pengamalnya dengan segala bentuk ibadah Syariat. Ini adalah disebabkan sipengamal tadi akan memperolehi pahala amalan, keberkatan yang nyata dan yang amat berharga sekali memahami, merasai serta menterjemahkan kewujudan Allah Azawajalla melangkaui keyakinan bersandarkan Dalil Naqli & Aqli, Menghayati dengan mudah dan tidak berbelit-belit dengan izin Allah.

  • Yang sungguh menakjubkan apabila diperlihat serta mengenali Alam Rahsia melampaui pemikiran syariat atau kebiasaan. Satu persatu yang dulunya dianggap mustahil dan tidak terlintas difikiran sesiapa saja dikupas dengan bahasa yang mudah lagi meyakinkan tanpa ragu dan was-was.

  • Contoh mudah ialah bagaimana Akal kita (Zat Kecil-Nya) yang dipisah dari kawalan terus Allah S.W.T (Zat Agung) berfungsi. Ia adalah zat kecil-Nya yang digelar manusia tetapi kurniaan terus dan diurus sendiri oleh manusia itu dengan akal fikiran yang sihat(tidak lemah) .Sementara anggota tangan, mata, telinga, kaki (sekujur tubuh) adalah zat-Nya yang taat,sebagai hadiah kerana kewujudan kita (manusia) tetapi dalam kawalan Allah yang tidak akan dipertikai selama mana penggunaannya. Allah tidak akan mengenakan sebarang bayaran mahu pun sewaan daripada pahala Ibadah kita bagi melunaskan penggunaan anggota tersebut. Walau bagaimanapun sekiranya maksiat dilakukan oleh anggota tadi diatas arahan AKAL barulah Allah SWT menghukumnya, kerana zat-Nya melakukan maksiat dengan arahan atau kehendak akal (manusia) sendiri.

  • Begitulah keadilan Allah SWT, inilah pengenalan ilmu pasti, ilmu yang bertalian dengan bakti (perngorbanan). Siapa yang baktinya (korban) kurang, kuranglah kefahamannya. Bila kefahaman kurang tuntutlah ia supaya datang keterangan. Keterangan yang menjelma dari hati, petunjuk dari manusia atau alam semesta, para wali, ilham, Laduni dan jika diizin pembimbingan akan terus dari Nabi SAW. Perlu diingat bahawa hati yang boleh menerima ialah hati yang suci dan ikhlas yang mendidik hawa nafsu si pengamal tadi.

  • Sabda Baginda, “Sewaktu hidupku aku memandang umatku dari hadapan, tetapi selepas kewafatanku aku memandang umatku dari belakang. Maksud jelasnya bagi meraka yang senantiasa banyak berselawat keatasku dialah yang mendapat nikmat yang dimaksudkan itu.
    Wassalam…..