Friday, March 27, 2009

Keterangan dan Amalan Pengisian Hati


Amalan Pengisian Hati (Harian)
  1. Ianya diamal selepas waktu solat setiap waktu
  2. Salam kepada Allah SWT (Assalamualaikum Ya Allah Azzawajalla)
  3. Membaca “Bismillah Hirrahma Nirrahim” dan dimulakan dengan puji-pujian kpd Allah
  4. Berdoa : “Ya Allah izinkan daku berdoa kepada Mu dan dikau perkenankalah akan permohonan dan permintaan ku. Ya Allah,kurniakan kepada ku kerahmatan, hidayah,Taufiq serta Keberkatan dalam hidup ku, Adik Beradik ku, Saudara mara ku, Saudara Islam seluruh dunia dan Seluruh Umat. Ya Allah bimbingilah daku kejalan kebenaran dan tunjukkanlah daku jalan yang lurus serta berilah keredhaan-MU dari dunia hinggalah ke akhirat. Ya Allah ampunilah segala dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibu bapa ku dan dosa-dosa seluruh umat, akan dosa-dosa yang terdahulu kini dan akan datang. Dosa Besar mahu pun dosa kecil. Kami pohon jua Ya Allah akan keberkatan dan kasih sayang Mu terhadap mahluk jin dan sekutunya serta tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan dan lain-lain kejadian-MU yang daku tidak ketahui Ya Allah. Hasbiallah nikmal wakil nikmalmaula wanikman nasyir, la haulawala quata illabil hil aliyyil azim
  5. Istighfar ( Astaghfirullah Hal ‘Azzim) 3x . Tasbih ‘’Subhanallah Ya Rahman Ya Rahim Allahuakbar La Haulawalaquatailla Billa Hilalliyilazim (seikhlas rasa)
  6. Selawat Nabi dengan ibu selawat (Allah Humma Sallialla Muhd Waalla Aali Muhd) (seikhlas hati)
  7. Al-Fatihah
  8. Ayat Seribu Dinar - (seikhlas rasa)
  9. Ayat Al-Kursy - (seikhlas rasa)
  10. Izinkan daku sedekah Fatihah kepada seluruh roh-roh para nabi dan rasul Mu khusus kepada Nabi besar Muhammad SAW, Nabi Adam alaihissalam, Nabi Sulaiman alaihissalam dan Nabi Khidir Al-Fatihah
  11. Sedekah Fatihah kepada seluruh para malaikat Allah : - Al-Fatihah
  12. Sedekah Fatihah kepada para Aulia’,wali-wali , Anbia’, Solihin dan Syuhada’ khusus kepada Sultan Aulia’ Syeikh Abdul Qadir Jailani : - Al-Fatihah
  13. Sedekah Fatihah kepada ibu bapa dan keluarga ku [ sebut nama ahli keluarga : isteri suami & anak ] dan juga [ * arwah …Jika telah meninggal dunia]: - Al-Fatihah
  14. Berdoalah seperti dibawah
    Bismillah hirrahma niirahim ,
    Mulakan dengan Puji-pujian kepada Allah ...’’ Ya Allah daku teramat bersyukur ke atas segala yang telah dikau jadikan. Atas keseluruhan kejadian MU dilangit dan dibumi serta seisi alamnya. Semoga dikau sentiasa memberkati , merahmati dengan keredhaan MU Ya Allah
    Limpahkanlah kurnia dan rahmatMU Ya Allah Azzawajalla.
    Sesungguhnya Ya Allah ! hanya Dikau sahaja yang akan memberitahu akan segala-segalanya. Amin…
    Hasbiallah nikmal wakil nikmalmaula wanikman nasyir, la haulawala quata illabil hil aliyyil azim
  15. ( Kalau hanya membaca doa ini sahaja hendaklah ditutup dengan 3 X ayat Al-Kursy selepas doa tersebut )

Keterangan:
  • Salam pada Allah Azawajalla mengapa tidak menyebut Allah Ya Rahman, Allah SWT dan lainnya?? Kerana, nama Agung itu yang disebut oleh-Nya semasa Hari Kiamat dengan megah memberitahu “AKULAH ALLAH AZAWAJALLA” Pemerintah Kerajaan Hari Kiamat. Maka Allah mencabar kepada musuh-musuhNya dahulu dimana pemerintahan mereka yang diagung-agungkan dahulu termasuk firaun. Tatkala itu seluruh makhluk menjadi kecut dan amat takut dan tidak keruan, kecuali mereka yang beriman kepadaNya.

  • Doa sedemikian rupa adalah senjata kepada kaum mukmin. Apabila kita mendoakan orang lain kebaikan itu akan kembali kepada kita semula. Bayangkan doa kepada para malaikat Allah yang tidak terkira banyaknya dan ia berbalik kepada kita dengan tidak terkira jua banyaknya. Begitu juga doa sejahtera dan kasih sayang kepada kaum Jin yang akhirnya Jin merasa takut dan serba salah untuk merosakkan kita apabila menerima arahan syaitan dan iblis. Maka misi syaitan dan iblis pun tergendala yang menyebabkan mereka beralih arah. Oleh yang demikian maka dengan sendirinya apa-apa perancangan si iblis dan syaitan itu dengan mudah tertangkis oleh keredhaan Allah.

  • Istigfar adalah kemaafan dan pemadam segala kesalahan dengan Allah, hanya hendaklah diucapkan dengan nada yang lembut dan penuh kekesalan sehingga terasa di lubuk hati dan menitiskan air mata penyesalan.

  • Selawat adalah galakan agar Nabi selaku Pembimbing Umat menunjuk ajar berperingkat dari Alam Ghaib melalui Para Wali pelbagai kategori, Aulia’ dan mereka yang diberi peranan menyampai segala bentuk ilmu rahsia yang tidak tercapai oleh fikiran kita dan ada ketika Nabi sendiri yang menyampaikannya kepada mereka yang dikehendaki atauNabi Khidir menunjukkan terus kepada mereka yang terpilih akan ilmu rahsia Allah.

  • Al-Fatihah adalah Ummul Kitab dan bermacam-macam lagi gelaran padanya yang memang tiada tolok bandingnya.

  • Ayat 1000 Dinar adalah pelengkap atau penyukup nikmat dan rezeki di dunia ini. Apa saja yang kurang, seperti contoh jika kesihatannya kurang Allah akan bagi secukup rasa pada kesihatannya. Jika ilmunya kurang maka akan dicukupkan ilmunya mengikut bakul dan acuan hamba-Nya itu dan apa segalanya….Insyaallah tiada yang mustahil bagi Allah SWT.

  • Ayatul Qursy surah pujian kepada-Nya & mengandungi biodata Allah SWT yang tatkala diturunkan kepada Nabi SAW pada ketika itu berantakanlah kerajaan Iblis & Syaitan sehingga mereka mencari musabab berlaku perkara yang demikian. Ayat ini terkandung didalamnya sifat rahsia Allah Azawajalla.

  • Sedekah Fatihah kepada roh Nabi dan Rasul terutama Nabi yang berempat, kerana memiliki keistimewaan tersendiri, Nabi Adam AS adalah ibu segala jasad, Nabi Muhammad SAW ibu segala roh, Nabi Sulaiman AS Raja alam nyata dan alam mahluk ghaib, haiwan & tumbuhan. Nabi Khidir Pemegang ilmu rahsia golongan nabi yang empat serta rahsia berkaitan Allah SWT.

  • Sedekah Fatihah kepada para malaikatNya. Malaikat mahluk yang suci dan tidak mempunyai dosa. Oleh itu ganjaran doa dikembalikan kepada kita dengan tidak terkira banyaknya.

  • Sedekah Fatihah kepada Aulia’ Allah kerana sebelum bimbingan terus dari Nabi SAW diperolehi, pembimbing-pembimbing ini yang mengatur segala tunjuk ajar dari peringkat permulaan kerana mereka dekat dengan kita sebagai manusia. Wali adalah roh suci yang mendapat pembebasan barzakh, menjadi pembimbing kepada manusia dengan izin Allah SWT.

4 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Saya tertarik bila membaca amalam pengisian hati. Boleh terangkan dgn lebih mendalam apa yg di maksudkan dgn ... Wali adalah roh suci yg mendapat pembebasan barzakh, menjadi pembimbing kpd manusia dgn izin Allah S.W.T.

    Semoga penjelasan saudara akan memberi pemahaman yg mendalam lagi tentang perkara ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Wsalam..

    terlebih dahulu saya memohon maaf jika lambat reply kerana sibuk dengan hal-ehwal peperiksaan :)

    ttg perkara yang saudara tanyakan..
    Wali yang dimaksudkan adalah para² Aulia, Wali² Allah yang pabila mati tidak melalui barzakh kerana mereka masih boleh lagi menyampaikan ilmu² berguna kepada seluruh umat ..
    *lantas saudara mungkin pernah terdengar kisah mengenai orang berpakaian putih/berserban etc. yang sekali pandang nampak macam orang yang soleh membantu saudara² kita dalam kesusahan

    dan juga mungkin pernah mendengar para Wali hadir dalam mimpi seseorang memberi peringatan dan sbgnya.. inilah yang saya maksudkan..

    Tapi ini semua adalah dengan izin Allah SWT jua.. truskan mengamal pengisian hati..pasti akan terbuka peluang² seperti ini kepada saudara..

    harap saudara boleh memahaminya

    Terima kasih

    ReplyDelete